printing • publishing • advertising

Our Services

* semua harga mengikut terma & syarat

Misi
Sebagai    syarikat    yang    bersedia    untuk menyelesaikan keperluan media pelanggan di bawah satu bumbung, Media Surf mensasarkan pertambahan bilangan pelanggan tetap yang konsisten. Selain menyusun strategi pemasaran yang dinamik, ia juga dapat dicapai dengan memberikan    perkhidmatan    terbaik    dari sudut kesegaran idea, ketinggian kualiti, dan kemampuan memenuhi kehendak pelanggan pada masa dan harga yang telah dipersetujui bersama. Kepuasan hati pelanggan, dari aspek hasil kerja dan layanan mesra, turut sentiasa diberi keutamaan.

Pengiklanan
Kepakaran yang ada di syarikat ini di bidang pengiklanan media cetak termasuk:
• Memberi konsultasi dalam pembinaan konsep.
• Mencadangkan reka bentuk grafik yang mengikut perkembangan semasa disamping keunikan tersendiri.
• Membuat reka bentuk item promosi dan pemasaran.
• Menyediakan khidmat percetakan yang diperlukan pelanggan.

Percetakan
Khidmat percetakan yang mampu disempurnakan oleh syarikat ini meliputi hampir semua peringkat skala dan jenis medium. Daripada sehelai kertas, hinggalah media berskala besar, atau dengan kuantiti yang banyak seperti banner dan billboard, atau ribuan majalah dan buku, atau modul dan manual pengguna. Termasuk juga dalam senarai perkhidmatan kami ialah saemua proses pra-percetakan iaitu pembinaan konsep reka bentuk dan membuat reka letak muka surat. Mempunyai kemahiran dan pengalaman lebih satu dekad dalam bidang ini, Media Surf begitu yakin hasil kerjanya pasti tidak akan mengecewakan pelanggan.

Penerbitan
Bermula    dengan    menguruskan    penerbitan majalah-majalah sekolah, Media Surf telah mendapat kepercayaan mengurus penerbitan bahan-bahan terbitan jabatan dan perbadanan kerajaan.    Permintaan    kepada    pengurusan penerbitan majalah dari A-Z, menjadikan kemahiran dan pengalaman Media Surf dalam bidang penerbitan, dari proses penyediaan konsep, bahan penulisan, fotografi dan ilustrasi, reka letak dan percetakan laporan tahunan, buletin, majalah dan buku, bertambah baik dari tahun ke tahun.

Leave a comment